Rabu, Jun 10, 2009

Tempahan dari 30hb Mei - 7hb June 2009 (Part 2)

Ni nak sambung citer musim cuti sekolah yang lepas



Dek kerana telah menceburkan diri dalam bidang katering ni, maka bila tiba m usim cuti, kamilah orang paling sibuk sekali. Macam kenduri kendara di rumah sendiri, macam tu lah juga dirumah orang lain, sibuk dengan segala persiapan, cuma bezanya "tuan Rumah " tak payah dok risau pasal nak masak untuk tetamu dan juga pasang kanopi, hiasan di majlis. Semua sekarang ni, kebanyakkannya menggunakan khidmat katering. tak payah nak risau pasal mentar, saper nak cuci pinggan dsb. Segala urusan akan dilaksanakan oleh pihak katering.

Seperti kami, kami menyediakan perkhidmatan katering semua dalam satu.

Tuan rumah boleh menyerahkan segala tugas kepada kami. Kami sediakan mentara, kami sediakan makanan, kami sediakan peralatan, kanopi. kerusi, meja. pinggan, cawan, chaffing dish, tempat basuh tangan yang systematik - tak payah dah nak basah atas meja atau pun basuh tangan dalam pinggan ( Mobile), Pelamin & meja makan pun kami sediakan.

Berbalik kepada musim kenduri yg lalu, paling banyak kenduri pada 6 & 7 jun, entah kenapa semua nak wat masa tu, sedangkan cuti sekolah ada 2 minggu. Kami menerima tempahan setakat yg mampu, agar segala persiapan dan produk kami memenuhi citarasa pelanggan.

Kami mementingkan kualiti juga, bukan sekadar kuantiti.
Madam dgn team biasanya memulakan kerja di rumah pengantin ni sebelah petang, kerana madam & suami kerja. namun kami tetap menyiapkan tempahan seperti yang dijanjikan. Bagi katering tiada masalah kerana team kami mempunyai "chef" yg memang berpengalaman.

Pada 6hb June 2009, hari tu termatlah teriknya panas, sampaikan Madam rasa mcm nak pitam dah, hari tu plak ada majlis yg back to back, penatnya ya allah, Last-last, tema madam cakap, kalau macam ni punya panas sanggup lagi la berjaga sampai subuh asalkan tak kena panas matahari, Nauzubillah, Tuhan sj yg tahu.