Sabtu, Jun 27, 2009

Cupcake Lagi........

Tempahan 1 set Cupcake size M, simple jer deco yg diminta, baguih la jugak....memandangkan Madam tengah M..........

So ni la hasilnya
Butter cake + Buttercream




Letak la bunga tu skit, taraaaaa.........



Jumaat, Jun 26, 2009

Sehari Menuntut Ilmu

Hari ahad yg lepas , 21hb June, saya telah menghadirkan diri ke rumah Linda Kaori( http://kaoricake.com.my) , memang mencabar, nak wat bunga rose ni punya la lama, tp yg kat dlm gambar ni yg lawa tu milik tuan guru ler, yg sememeh tu saya punya la, ni nak kena practise byk ni, geram tgk roses yg menjadi tu,

Cake ni semuanya chocolate, so harganya pun cam coklat gak la...ehem...ehem......nak tau harga call saya, kemasan tepi nya memang licin, bak kata tuan guru, tak payah dah nak cover dgn choc rice lagi dah, memang akan puas hati.........

Boleh tempah kalu nak just simple, or deco, harga ikut design la ekkk........



Yg ni plak, Pour BC, cantikm licin, sedap lak tu, tak cam BC biasa, tak rasa mual, nak rasa???????? meh la tempah kat Madam, nak ada deco pun boleh nak yg simple pun bleh.....


Ni kek yg dah siap deco la, buat bunga LILY and rose bud putih jer, masa nak belajor ni mmg kering ides, sampai tuan guru yg bg idea, haaaaa.....punya la kusyuk nak belajor la katakan.

Ni lah hasil kedua2 kek yg mmg lama dah madam nak belajor, akhirnya sampai juga hajat,alhamdulillah
Credit to Linda , memang sedap kek ni, sume yg kat umah suka sangat..............
Memang mencabar bab buat bunga tu,
Spt biasa nak order, call la Madam ekkkk



Selasa, Jun 23, 2009

Menu Katering ...antaranya

Ayam Masak Merah....Lazatnya
Daging Masak Itam

Sup Tulang + Daging cincang




Nasi Hujan Panas.
Aroma yang mengiyurkan,Warna yang mengancam , memang sedap

Air Asam...pembangkit selera

Ayam Masak Madu....mempersona



Kari Ikan Nyok-nyok...nyummiee ...sedap nya
Inilah diantara menu yang tersedia boleh di tempah, masakan ala kampung pun juga disediakan,
Gambar2 ni jer la yang ada dalam simpanan sebelum Memory kad Madam rosak....ini jer la untuk tatapan semua.
















Isnin, Jun 15, 2009

Cupcake Theme Orange & Blue

Ni order dari kekawan tpt keje, Layan jer lah
Cupcake Choc Moist + Buttercream

























Gambar Majlis Cuti Sekolah

Ni salah satu kanopi meja pengantin yg madam buat, memang la malam juga siapnya, lebih kurang jam 11.30 mlm baru abih deco, sesapa nak tempah contact la Madam cam besa laaaa...






Rabu, Jun 10, 2009

Tempahan dari 30hb Mei - 7hb June 2009 (Part 2)

Ni nak sambung citer musim cuti sekolah yang lepas



Dek kerana telah menceburkan diri dalam bidang katering ni, maka bila tiba m usim cuti, kamilah orang paling sibuk sekali. Macam kenduri kendara di rumah sendiri, macam tu lah juga dirumah orang lain, sibuk dengan segala persiapan, cuma bezanya "tuan Rumah " tak payah dok risau pasal nak masak untuk tetamu dan juga pasang kanopi, hiasan di majlis. Semua sekarang ni, kebanyakkannya menggunakan khidmat katering. tak payah nak risau pasal mentar, saper nak cuci pinggan dsb. Segala urusan akan dilaksanakan oleh pihak katering.

Seperti kami, kami menyediakan perkhidmatan katering semua dalam satu.

Tuan rumah boleh menyerahkan segala tugas kepada kami. Kami sediakan mentara, kami sediakan makanan, kami sediakan peralatan, kanopi. kerusi, meja. pinggan, cawan, chaffing dish, tempat basuh tangan yang systematik - tak payah dah nak basah atas meja atau pun basuh tangan dalam pinggan ( Mobile), Pelamin & meja makan pun kami sediakan.

Berbalik kepada musim kenduri yg lalu, paling banyak kenduri pada 6 & 7 jun, entah kenapa semua nak wat masa tu, sedangkan cuti sekolah ada 2 minggu. Kami menerima tempahan setakat yg mampu, agar segala persiapan dan produk kami memenuhi citarasa pelanggan.

Kami mementingkan kualiti juga, bukan sekadar kuantiti.
Madam dgn team biasanya memulakan kerja di rumah pengantin ni sebelah petang, kerana madam & suami kerja. namun kami tetap menyiapkan tempahan seperti yang dijanjikan. Bagi katering tiada masalah kerana team kami mempunyai "chef" yg memang berpengalaman.

Pada 6hb June 2009, hari tu termatlah teriknya panas, sampaikan Madam rasa mcm nak pitam dah, hari tu plak ada majlis yg back to back, penatnya ya allah, Last-last, tema madam cakap, kalau macam ni punya panas sanggup lagi la berjaga sampai subuh asalkan tak kena panas matahari, Nauzubillah, Tuhan sj yg tahu.








Isnin, Jun 01, 2009

Tempahan Seminggu Dari 30hb Mei - 7hb June 2009

Tempahan sewa kanopi dan juga katering kali ni boleh tahan juga, alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.

Warna yang tuan rumah minta untuk scallop kanopi rata-ratanya warna berulang. Tema mereka sama iaitu Hijau + Cream. Warna lain juga tidak ketinggalan, terdapat juga warna Coklat + Cream, Warna Kuning Diraja + Putih.

Warna ini memang mendapat sambutan, sejuk mata memandang,
  • 30hb Mei 2009 - 4 biji Kanopi berhias(Tema Hijau+ Cream) beserta Katering full package
  • 4hb June 2009 - 2 canopi biasa + 1 Kanopi berhias (Meja makan Berdamai) Tema - Kuning Di Raja
  • 6hb June 2009 - 5 Kanopi berhias (Tema Hijau + Cream) beserta katering full package.
  • 7hb June 2009 - 3 biji Khemah (Tema Coklat + Cream) beserta Katering full package
  • 7hb June 2009 - 2 biji Khemah shj.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah katering atau pun sewaan khemah sahaja, dialu-alukan, sila sms /email kan pertanyaan kepada Madam Lilly 017-4800340 atau email lillyhamzah@yahoo.com

Alhamdulillah, Syukur atas rezeki yang diberikan, Semoga segala usaha diberkati.