Rabu, Jun 10, 2009

Tempahan dari 30hb Mei - 7hb June 2009 (Part 2)

Ni nak sambung citer musim cuti sekolah yang lepas



Dek kerana telah menceburkan diri dalam bidang katering ni, maka bila tiba m usim cuti, kamilah orang paling sibuk sekali. Macam kenduri kendara di rumah sendiri, macam tu lah juga dirumah orang lain, sibuk dengan segala persiapan, cuma bezanya "tuan Rumah " tak payah dok risau pasal nak masak untuk tetamu dan juga pasang kanopi, hiasan di majlis. Semua sekarang ni, kebanyakkannya menggunakan khidmat katering. tak payah nak risau pasal mentar, saper nak cuci pinggan dsb. Segala urusan akan dilaksanakan oleh pihak katering.

Seperti kami, kami menyediakan perkhidmatan katering semua dalam satu.

Tuan rumah boleh menyerahkan segala tugas kepada kami. Kami sediakan mentara, kami sediakan makanan, kami sediakan peralatan, kanopi. kerusi, meja. pinggan, cawan, chaffing dish, tempat basuh tangan yang systematik - tak payah dah nak basah atas meja atau pun basuh tangan dalam pinggan ( Mobile), Pelamin & meja makan pun kami sediakan.

Berbalik kepada musim kenduri yg lalu, paling banyak kenduri pada 6 & 7 jun, entah kenapa semua nak wat masa tu, sedangkan cuti sekolah ada 2 minggu. Kami menerima tempahan setakat yg mampu, agar segala persiapan dan produk kami memenuhi citarasa pelanggan.

Kami mementingkan kualiti juga, bukan sekadar kuantiti.
Madam dgn team biasanya memulakan kerja di rumah pengantin ni sebelah petang, kerana madam & suami kerja. namun kami tetap menyiapkan tempahan seperti yang dijanjikan. Bagi katering tiada masalah kerana team kami mempunyai "chef" yg memang berpengalaman.

Pada 6hb June 2009, hari tu termatlah teriknya panas, sampaikan Madam rasa mcm nak pitam dah, hari tu plak ada majlis yg back to back, penatnya ya allah, Last-last, tema madam cakap, kalau macam ni punya panas sanggup lagi la berjaga sampai subuh asalkan tak kena panas matahari, Nauzubillah, Tuhan sj yg tahu.








Isnin, Jun 01, 2009

Tempahan Seminggu Dari 30hb Mei - 7hb June 2009

Tempahan sewa kanopi dan juga katering kali ni boleh tahan juga, alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.

Warna yang tuan rumah minta untuk scallop kanopi rata-ratanya warna berulang. Tema mereka sama iaitu Hijau + Cream. Warna lain juga tidak ketinggalan, terdapat juga warna Coklat + Cream, Warna Kuning Diraja + Putih.

Warna ini memang mendapat sambutan, sejuk mata memandang,
  • 30hb Mei 2009 - 4 biji Kanopi berhias(Tema Hijau+ Cream) beserta Katering full package
  • 4hb June 2009 - 2 canopi biasa + 1 Kanopi berhias (Meja makan Berdamai) Tema - Kuning Di Raja
  • 6hb June 2009 - 5 Kanopi berhias (Tema Hijau + Cream) beserta katering full package.
  • 7hb June 2009 - 3 biji Khemah (Tema Coklat + Cream) beserta Katering full package
  • 7hb June 2009 - 2 biji Khemah shj.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah katering atau pun sewaan khemah sahaja, dialu-alukan, sila sms /email kan pertanyaan kepada Madam Lilly 017-4800340 atau email lillyhamzah@yahoo.com

Alhamdulillah, Syukur atas rezeki yang diberikan, Semoga segala usaha diberkati.

Khamis, Mei 21, 2009

AKAN DATANG

AKAN DATANG

TERBARU DARI MADAM LILLY

TUNGGU................

*****note******
Salam semua,
dari 28hb Mei hingga 7hb June Madam Lilly, tidak menerima tempahan Kek,
Untuk Khemah sudah habis booking, hanya selepas 8hb June Madam akan terima lain-lain tempahan ...............Harap Maaf yer

Selasa, Mei 12, 2009

CMC untuk TADIKA KEMAS

Order ni dr Cikgu Tadika KEMAS a.k.a MY SIL, Chocolate moist cake with buttercream deco. Request cuma yg kecil2 jer kek nya, nak kan 3 biji , ni lah hasilnya, maaflah kalau ada salah silap pada dekorasi tu, buat ni start kul 12 mlm coz baru balk dr opis, mlm tu kena on duty, so abih keja kul 11 mlm lambat la skit, habis deco jam 1.00 pagi, esoknya nak keje plak, waaaa....penatnya, time ni nasib baikla anak-anak dah tido, so tak der la sapa2 kaco, cepat la skit mendeco......to anak-anak di TADIKA tu, auntie ucapkan HAPPY BIRTHDAY





Ahad, Mei 10, 2009

9 May

Selingan Skit...............

Entry ni bukan la pasal biz, cuma nak share skit la story ni

Actually 9 May is my Birthday...............Who want to sing a Birthday song to me?????

I guest my hubby will forget this year, as usual la, but actually he remember and I received his Wish thru SMS ...something like this


" SELAMT HARI JADI YG KE 29, SEMOGA PANJANG UMUR & I LOVE U"

Terharunya masa tu, but mmg gembira sgt, bukan hadiah yg dipinta cukup sekadar ucapan yg ikhlas.....

dan petang nya , lepas blk kerja ...
TADAAAAAAAAAAA.....................

Lovely & Very Nice...............
Guys.....14th June - my hubby birthday....what should i give, can give me some idea plssssssss

Khamis, Mei 07, 2009

KEK KAWIN & KEK CAWAN

Ni Kek Kawin yg kawan kat tpt keje ni minta buat, Madam buatkan kek butter yg berat nya lebih kurang 5 kg, dan juga Madam buatkan Kek Cawan Perisa Orange + Buttercream ni untuk Majlis Pernikahan Adik Madam sendiri,
layannnnnnnnnnn..............................



**PROMOSI MUFFIN MASIH ADA....APA TUNGGU LAGI.......TEMPAH LAH SEKARANG UNTUK MAJLIS ANDA **

Rabu, Mei 06, 2009

Meja Pengantin 2hb Mei 2009

Majlis pada 2hb Mei 2009, Satu set Meja Pengantin bertemakan hijau. Jadi campurkan lagi kuning dan cream untuk lebih menarik. Muat untuk 16 orang termasuk pengantin. Sesapa nak macam ni , call la Madam Lilly 0174800340 . Warna pilihan sendiri............kami hiaskan .......semoga majlis anda berjalan lancar, menjadi kenangan terindah untuk tatapan sanak saudara.


Meh .......Tgk Gambar ni





Pelamin pun bertemakan hijau, so ni lah hasilnya,simple sahaja, bg yg berminat bleh la call Madam Lilly,






Ini pula Kek untuk pengantin, masih juga hijau, Kek Buah dengan buttercream. Bunganya Madam Guna Gumpaste flower , Layannnnnnnnn.........
Kek ni siap dalam kul 2.00 pagi...letih sgt, ni lah hasilnya.




Menu Pada majlis kali ni ialah

Nasi Minyak
Ayam Madu
Kurma Daging
Jelatah Timun & Nenas
Talang Masin Goreng Asam
Bubur Pulut Hitam
Buah Tembikai

*** Maaf yg ni Madam tak sempat nak snap gambar...dah kelam kabut******
Berminat hubungi Madam Lilly 017-4800340